Powered by Html Gear  Text Gear Get This Gear
 
Coretan hari ini:
  1. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  2. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  3. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  4. Manusia yang berjaya akan memperoleh keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  5. Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  6. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  7. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  8. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  9. Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  10. Kesilapan adalah realiti kehidupan, yang penting adalah tindak balas terhadap kesilapan itu.